Peringatan, teks terjemahan kitab al-kharidah al-bahiyyah adalah dari bahasa melayu lama, teks kitab ini hanyalah sekadar untuk rujukan pelajar. Bagi orang awam, anda memerlukan guru yang boleh mengajar kitab ini dan bukan hanya sekadar dari bacaan ini. Allahualam.
بسم الله الرحمن الرحيـــــــــــــــــــــــم
الخريدة البهية
للشيخ أحمد الدردير رحمه الله
هذه قصيدة سهلة الحفظ سلسة البيان عظيمة المعاني، ألفها الشيخ أحمد الدردير في بيان العقيدة الصحيحة، وقد تناولها الشيخ نفسه بالشرح، كما تناولها تلميذه الشيخ الصاوي بالشرح أيضاً حتى اشتهرت في كثير من الأمصار. وتجدر الإشارة إلى أن الشيخين من علماء الأزهر الذين تربعوا على رأسه أيام مجد الأزهر الشريف.
يـقــول راجـــي رحـمــة الـقـديــر
BERKATA ORANG YANG BERHARAPKAN RAHMAT TUHAN YANG SANGAT BERKUASA
أي أحـمـد المـشـهـور بـالـدرديـر
YAITU AHMAD YANG TERKENAL DENGAN PANGGILAN DARDIR
الـحـمــد لله الـعــلــي الــواحـــد
SEGALA PUJIAN TERTENTU UNTUK TUHAN YANG TERTINGGI LAGI ESA
العـالـم الـفـرد الـغـنـي الـمـاجـد
YANG SANGAT MENGETAHUI LAGI TUNGGAL LAGI TERSANGAT KAYA LAGI AMAT MULIA
وأفــضــل الــصــلاة والـتـسـلـيـم
DAN SEBAIK-BAIK UCAPAN SELAWAT DAN UCAPAN SEJAHTERA
علـى النبـي المصطفـى الكريـم
KE ATAS NABI YANG TERPILIH LAGI MULIA
وآلــــــه وصــحــبـــه الأطـــهــــار
DAN KE ATAS KELUARGA DAN PARA SAHABAT BAGINDA YANG SUCI
لا سـيـمـا رفـيـقـه فـــي الــغــار
TERUTAMA PULA TEMAN BAGINDA KETIKA DI DALAM GUA
وهـــــــذه عــقــيـــدة ســنــيـــة
MAKA INI ADALAH AQIDAH SANNIAH
سمـيـتـهـا الـخــريــدة الـبـهـيــة
AKU NAMAKAN IA AL-KHARIDAH AL-BAHIYYAH
لطيـفـة صـغـيـرة فـــي الـحـجـم
RINGAN DAN KECIL DALAM TIMBANGAN
لـكـنـهـا كبرة في العلم
TETAPI BESAR IA DALAM ILMU PENGETAHUAN
تكفيك علما ان ترد أن تكتفي
MEMADAILAH ENGKAU DENGANNYA ILMU JIKA HENDAK ENGKAU MENCUKUPI
لأنها بــزبــدة الــفــنِّ تــفـــي
KERANA IA DENGAN PATI SENI INI TELAH MELIPUTI
واللهَ أرجــو فــي قـبــول الـعـمـل
KEPADA ALLAH DAKU BERHARAP MENERIMA AMALAN INI
والنـفـع منـهـا ثــم غـفــر الـزلــل
MENDAPAT MANFAAT DARINYA KEMUDIAN DIAMPUNKAN PULA SEGALA KESILAPAN
أقسـام حـكـم العـقـل لا محـالـة
BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM AKAL TANPA KERAGUAN
هــي الـوجـوب ثــم الاستـحـالـة
IALAH WAJIB KEMUDIAN MUSTAHIL
ثـــم الـجــواز ثــالــث الأقــســام
KEMUDIAN HARUS ADALAH KETIGA BAHAGIAN
فافـهـم مـنـحـت لـــذة الأفـهــام
HENDAKLAH FAHAM KELAK AKAN DIBERI KENIKMATAN PADA ENGKAU BARANG YANG DIFAHAM
وواجـب شـرعـا عـلـى المكـلـف
MAKA WAJIB DENGAN SEBAB SYARAK ATAS MUKALLAF
مـعـرفــة الله الـعـلــيِّ فــاعـــرفِ
MENGENAL ALLAH YANG MAHA TINGGI LALU HENDAKLAH ENGKAU KETAHUI
أي يـعــرف الـواجــب والـمـحــالا
YAITU KETAHUI APA YANG WAJIB DAN APA YANG MUSTAHIL
مــع جـائـز فـــي حـقــه تـعـالـى
BESERTA APA YANG HARUS PADA HAK ALLAH TAALA
ومـثـل ذا فــي حــق رسْـــلِ الله
DAN PADA HAK UTUSAN-UTUSAN ALLAH SEPERTI DEMIKIAN
عــلــيــهــم تــحـــيـــة الإلــــــــهِ
ATAS MEREKA PEMULIAAN TUHAN
فالواجـب العقلـي مـا لـم يقـبـلِ
WAJIB AQLI IALAH BARANG YANG TIADA TERIMA
الاِنـتـفــا فــــي ذاتــــه فـابـتـهـلِ
AKAN TIADA PADA ZATNYA LALU PATUT ENGKAU BERTUNDUK HARAP
والمستـحـيـل كـــل مـــا يـقـبـل
DAN MUSTAHIL IALAH SEMUA YANG TIADA TERIMA
فــي ذاتـــه الـثـبـوتَ ضـــد الأولِ
PADA ZATNYA AKAN ADA LAWAN YANG PERTAMA
وكــــل أمـــــر قــابـــل لـلانـتـفــا
DAN SEMUA PERKARA YANG TERIMA IA AKAN TIADA
ولـلـثـبـوت جــائـــز بـــــلا خــفـــا
DAN TERIMA PULA AKAN ADA IALAH HARUS DENGAN TELUS
ثــم اعلـمـنْ بــأنَّ هــذا العـالـمـا
KEMUDIAN KETAHUILAH BAHAWA SESUNGGUHNYA ALAM INI
أي ما سـوى الله العلـيِّ العالِمـا
YAITU LAIN DARI ALLAH YANG SANGAT TINGGI LAGI MENGETAHUI
مــن غـيـر شــك حــادث مفتـقـر
TANPA RAGU ADALAH BARU LAGI MEMERLU
لأنــــــه قــــــامَ بــــــهِ الـتـغــيــرُ
KERANA ADA PADA IA BERUBAH LAKU
حـدوثــه وجـــوده بــعــد الــعــدم
BARU IA IALAH ADA IA SELEPAS TIADA
وضــده هــو المسـمـى بـالـقِـدَمْ
DAN LAWANNYA PULA IALAH YANG DIPANGGIL QIDAM JUA
فاعـلـم بـــأن الـوصــف بـالـوجـود
MAKA KETAHUILAH BAHAWA PENSIFATAN DENGAN WUJUD
مــن واجـبـات الـواحـد المـعـبـود
DARIPADA PERKARA-PERKARA WAJIB UNTUK TUHAN YANG ESA LAGI DISEMBAH
إذا ظــاهـــر بـــــأن كـــــل أثـــــرِ
KERANA NYATA SESUNGGUHNYA SEMUA BEKAS ADALAH
يــهــدي إلــــى مــؤثــر فـاعـتـبـرِ
MENUNJUK IA PADA BEKAS MAKA HENDAKLAH ENGKAU RENUNG SANGAT-SANGAT
وذي تـسـمـى صــفــة نـفـسـيـة
DAN YANG INI DINAMAI SIFAT NAFSIAH
ثـــم تلـيـهـا خـمـســة سـلـبـيـة
KEMUDIAN MENYUSULNYA PULA IALAH LIMA SIFAT YANG SALBIAH
وهي القِدَمْ بالذات فاعلم والبقـا
IAITU SEDIA KALA PADA ZAT HENDAKLAH ENGKAU KETAHUI DAN KEKAL ABADI
قيـامـه بالـنـفـس نـلــت الـتـقـى
DAN BERDIRI SENDIRI NESCAYA DAPATLAH ENGKAU DENGAN KETAKWAAN MENGHAYATI
مـخــالــفٌ لـلـغــيــر وحــدانــيــة
DAN BERSALAHAN DENGAN YANG LAIN LAGI ESA
فــي الــذات أو صـفـاتـه العـلـيَّـةْ
PADA ZAT ATAU PADA SIFAT-SIFATNYA JUA
والـفـعــلِ، فالـتـأثـيـرُ لــيــس إلا
DAN PERBUATAN YANG MEMBERI KESAN TIDAKLAH ADA SELAIN
لـلـواحـد الـقـهــار جــــلَّ وعــــلا
BAGI TUHAN YANG ESA LAGI SANGAT MENGUASA YANG JALLA WA A'LA
ومـــن يـقــل بالـطـبـع أو بالـعـلـة
MAKA BARANGSIAPA YANG KATA JADI IA DENGAN TABI'I ATAU PENYEBAB
فــذاك كـفـر عـنـد أهــل الـمـلـة
MAKA DEMIKIAN ITU IALAH KUFUR DI SISI PENGANUT INI AGAMA
ومـــن يـقــل بـالـقـوة الـمـودعــةِ
DAN BARANGSIAPA YANG KATA JADI IA DENGAN KUASA YANG DILETAKKAN
فــــذاك بــدعــي فــــلا تـلـتـفـتِ
MAKA ITU ADALAH BIDAAH JUA LALU JANGANLAH ENGKAU TERTARIK
لــو لــم يـكـن متصـفـا بـهـا لــزمْ
KALAULAH ALLAH TIDAK BERSIFAT DENGAN SEMUANYA SUDAH TENTU MELAZIMI IA
حـدوثـه وهــو مـحــال فاسـتـقـم
AKAN BARUNYA, SEDANGKAN ITU ADALAH MUSTAHIL MAKA HENDAKLAH ENGKAU TETAP LURUS
لأنــه يفـضـي إلــى التسـلـسـلِ
KERANA MEMBAWA IA KEPADA TASALSUL
والدورِ وهو المستحيل المنجلي
DAN JUGA KEPADA DAUR, SEDANGKAN ITU ADALAH MUSTAHIL YANG JELAS LAGI NYATA
فهـو الجليـل والجمـيـل والـولـيْ
MAKA DIALAH JALIL DAN JAMIL, DAN WALI
والظاهر القـدوس والـربُّ العلـيْ
DAN ZAHIR DAN QUDDUS DAN RABB YANG A'LIYY
مـنــزَّهٌ عـــن الـحـلـولِ والـجـهــةْ
TERPELIHARA DARI MENGAMBIL TEMPAT DAN ARAH
والاتـصــال الانـفـصـالِ والـسَّـفَــهْ
BERHUBUNG ATAU BERCERAI DAN MENJADI KEBODOHAN
ثــم المـعـانـي سـبـعـة لـلـرائـي
KEMUDIAN IALAH MAKNA-MAKNA YANG TUJUH UNTUK MELIHAT
أي عـلـمـه المـحـيـط بـالأشـيــاءِ
IAITULAH ILMUNYA YANG MELIPUTI DENGAN SEGALA SESUATU
حــــيــــاتــــه وقــــــــــــدرة إرادة
HIDUPNYA DAN QUDRAT DAN IRADAH
وكـــــل شــــــيء كـــائـــن أرادَهْ
MAKA SEMUA YANG TERJADI ADALAH IA KEHENDAKI SUDAH
وإن يــكــن بــضــدِّه قــــد أمـــــرا
SEKALI PUN JADI ITU DENGAN LAWAN YANG DIA PERINTAH
فالقصـد غيـر الأمـر فاطـرحِ المِـراْ
KERANA HENDAK BUKANNYA PERINTAH MAKA ENGKAU BUANGLAH BERBANTAH
فـقــد عـلـمـت أربـعــا أقـسـامــا
MAKA SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAH KETAHUI EMPAT PEMBAHAGIAN
فـي الكائـنـات فاحـفـظِ المقـامـا
DALAM KEJADIAN, LANTAS HENDAKLAH ENGKAU PELIHARAKAN KEDUDUKAN
كــلامـــه والـســمــع والإبــصـــارُ
BERKATANYA DAN MENDENGAR DAN MELIHAT
فـهــو الإلـــه الـفـاعـل المـخـتـارُ
MAKA DIALAH TUHAN YANG BERBUAT LAGI BERKEHENDAK
وواجـــب تعـلـيـق ذي الـصـفــات
WAJIB PULA MENTA'LUKKAN SIFAT-SIFAT INI
حتـمـا ودومــا مــا عــدا الـحـيـاةِ
DENGAN MESTI LAGI TETAP SELAIN HAYAT
فالعلـم جزمـا والكـلام السامـي
MAKA ILMU ADALAH JAZAM DAN KALAM YANG MULIA
تـعـلــقــا بــســائــر الأقـــســــامِ
BERTA'LUK KEDUANYA ITU DENGAN SEGALA BAHAGIAN JUA
وقــــــــــــدرةٌ إرادةٌ تـــعـــلَّـــقــــا
KUDRAT LAGI IRADAT BERTA'LUK KEDUA PULA
بالممكـنـات كلـهـا أخــا الـتُّـقـى
DENGAN MUMKINAT SEMUANYA WAHAI SAUDARA YANG TAQWA
واجــزم بـــأن سـمـعـه والـبـصـرا
DAN JAZAMLAH ENGKAU BAHAWA SAMA' DAN BASAR ITU
تـعـلـقـا بــكــل مــوجــود يُـــــرَى
KEDUANYA BERTA'LUK DENGAN SEMUA MAUJUD YANG DILIHAT
وكــلــهــا قــديــمـــة بـــالــــذات
DAN SEMUA ITU ADALAH SEDIA KALA PADA ZAT
لأنـهــا لـيـســت بـغـيــر الــــذاتِ
SEBAB IA BUKANNYA LAIN DARI ZAT
ثـــم الـكــلام لـيــس بـالـحــروفِ
KEMUDIAN KALAM BUKAN PULA DENGAN HURUF
ولـيــس بالـتـرتـيـب كـالـمـألـوفِ
DAN BUKAN PULA DENGAN SUSUNAN SEPERTI YANG MA'LUF
ويستـحـيـل ضــــدُّ مــــا تـقـدمــا
DAN MUSTAHIL LAWAN SEGALA YANG TERDAHULU
من الصفـات الشامخـات فاعلمـا
DARI SIFAT-SIFAT YANG TINGGI ITU MAKA HENDAKLAH ENGKAU TAHU
لأنـــه لـــو لـــم يـكــن مـوصــوف
KERANA KALAULAH TIDAK BERSIFAT IA
ابـهـا لـكــان بـالـسـوى مـعـروفـا
DENGANYA JUA, SUDAH TENTU IA DENGAN YANG LAILN DIKENALI
وكـــلُّ مـــن قـــام بـــه سـواهــا
DAN SEGALA YANG BERDIRI PADANYA LAINNYA
فهو الذي في الفقـر قـد تناهـى
MAKA IA PADA PERLU SUNGGUH-SUNGGUH TIDAK BERHENTI
والــواحــد لـمـعـبــود لا يـفـتـقــر
SEDANG YANG ESA LAGI DISEMBAH TIDAK MEMERLU
لـغـيـره جـــلَّ الـغَـنِـيْ المُـقْـتَـدِرُ
PADA SELAINNYA, YANG MAHA KAYA LAGI MAHA BERKUASA IA DENGAN SEAGUNG-AGUNGNYA
وجــائــز فــــي حــقــه الإيــجــاد
DAN HARUS PADA HAKNYA AKAN MENGADA
والـتــرك والإشـقــاء والإســعــادُ
DAN HARUS MENIADA DAN MENCELAKA DAN MEMBAHAGIA
ومـن يـقُـلْ فِـعْـلُ الـصـلاحِ وجَـبـا
MAKA BARANGSIAPA KATA BERBUAT BAIK ADALAH WAJIB IA
عـلـى الإلــه قــد أســـاءَ الأدَبـــا
ATAS TUHAN, MAKA SUNGGUH-SUNGGUH IA TELAH BURUK ADAB SOPAN
واجــــزم أَخِــــيْ بِــرُؤيــة الإلــــهِ
DAN HENDAKLAH ENGKAU JAZAM WAHAI SAUDARAKU ADA MELIHAT TUHAN
فــي جـنَّـةِ الخُـلْـدِ بــلا تـنـاهـي
DALAM SYURGA KHULDI TANPA HENTI-HENTI
إذِ الـــوُقـــوعُ جـــائـــزٌ بـالـعــقْــلِ
KERANA BERLAKU IA ADALAH HARUS PADA AKAL
وقــد أَتــى فـيــهِ دلـيــلُ الـنَّـقْـلِ
DAN TELAH PUN DATANG TENTANGNYA AKAN DALIL ASAL
وَصِــفْ جمـيـعَ الـرُّسْـلِ بالأمـانـة
DAN HENDAKLAH SIFATKAN SEMUA RASUL DENGAN AMANAH
والـصــدق والتـبـلـيـغ والـفـطـانـة
DENGAN SIDIQ DENGAN TABLIGH DENGAN FATHANAH
ويسـتـحـيـل ضــدهـــا عـلـيـهِــمُ
DAN MUSTAHIL LAWANNYA ATAS MEREKA
وجـائــزٌ كـالأكــلِ فـــي حـقـهِــمُ
DAN HARUS SEPERTI MAKAN PADA HAK MEREKA
إرسـالــهــم تـفــضُّــلٌ ورَحْــمَـــةْ
PERUTUSAN MEREKA DARI KURNIA DAN RAHMAT JUA
للعالَمـيـنَ جَــلَّ مُـولِـيْ النِّعْـمَـةْ
ATAS SEKALIAN ALAM, DARI PEMBERI NIKMAT YANG MAHA MULIA
ويــلـــزم الإيــمـــان بـالـحـســابِ
DAN JADI LAZIM BERIMAN PADA PERHITUNGAN
والـحـشــر والـعـقــاب والــثــوابِ
PADA PERHIMPUNAN DAN HUKUMAN DAN GANJARAN
والـنـشـر والــصــراط والـمـيــزانِ
PADA NASYR DAN SIRAT DAN TIMBANGAN
والـحــوضِ والـنـيــرانِ والـجـنــانِ
PADA KOLAM DAN NERAKA DAN JUGA SYURGA
والـجــنِّ والأمـــلاك ثـــم الأنـبـيـا
PADA JIN DAN MALAIKAT KEMUDIAN ANBIA
والـحــور والـوِلــدانِ ثـــم الأولـيــا
PADA BIDADARI DAN KANAK-KANAK SYURGA KEMUDIAN AULIA'
وكـــل مـــا جـــاء مـــن البـشـيـرِ
DAN TIAP YANG DATANG DARI PEMBAWA BERITA SUKA
مـن كـلِّ حكـمٍ صــار كالـضـروري
DARI SEGALA HUKUM JADILAH IA MACAM DHARURI JUA
وينـطـوي فــي كلـمـة الإســـلامِ
DAN MERANGKUMI DALAM KALIMAH ISLAM
ما قد مضـى مـن سائـر الأحكـام
APA YANG LALU DARI SEMUA HUKUM HAKAM
فـأكْـثِـرَنْ مـــن ذكـرهــا بـــالأدبِ
MAKA BANYAKKANLAH ENGKAU SEBUT IA DENGAN ADAB
ترقـى بهـذا الذكـر أعلـى الـرتـبِ
NAIK ENGKAU DENGAN ZIKIR INI SETINGGI-TINGGI TINGKAT
وغَلَِـبِ الـخـوفَ عـلـى الـرجـاء
HENDAKLAH ENGKAU LEBIHKAN TAKUT ATAS HARAP
وسِـــــرْ لــمـــولاكَ بـــــلا تــنـــاءِ
DAN JALANLAH ENGKAU PADA MAULAMU TANPA CUAI
وجَـــــــدِّدِ الــتَّــوبـــةَ لــــــــلأوزارِ
DAN HENDAKLAH PERBARUKAN TAUBAT DARI DOSA-DOSA
لا تيْـاَسَـنْ مــن رحـمــة الـغـفـارِ
SERTA JANGAN PUTUS ASA AKAN RAHMAT TUHAN YANG SANGAT MENGAMPUN JUA
وكــــن عــلــى آلائِــــهِ شــكــورا
DAN JADILAH ENGKAU ATAS NIKMAT-NIKMATNYA BERSYUKUR JUA
وكــــن عــلــى بــلائــه صــبـــورا
DAN JADILAH ENGKAU ATAS BALA-BALANYA BERSABAR JUA
وكـــل أمــــرٍ بـالـقـضـاء والــقــدرْ
DAN TIAP PERKARA ADALAH DENGAN QADA DAN QADAR
وكــل مـقـدورٍ فـمــا عـنــه مـفَــرّْ
DAN TIAP YANG DISURAT MAKA TIADA DARINYA KELUAR
فكُـنْ لـه مُسَلِّـمـاً كَــيْ تَسْلَـمـا
MAKA JADILAH ENGKAU PADANYA BERSERAH DIRI AGAR ENGKAU DAPAT MENJAGA DIRI
واتبـع سبيـل الناسكيـن العُلَـمـا
SERTA TURUTLAH JALAN YANG ABIDIN LAGI BERILMU
وخَـلِّــصِ الـقـلـبَ مـــن الأغـيــارِ
DAN BEBASKANLAH HATI DARI SEGALA YANG MENIPU
بالـجـد والقـيـامِ فــي الأسـحــارِ
DENGAN BERSUNGGUH DAN BERJAGA DI MALAM HARI
والفـكـر والـذكـرِ عـلــى الـــدوامِ
DAN BERFIKIR DAN BERZIKIR TANPA HENTI-HENTI
مـجـتـنــبــاً لــســائـــرِ الآثـــــــامِ
LAGI MENJAUHI AKAN SEGALA DOSA
مـراقــبــا لله فــــــي الأحــــــوالِ
LAGI MEMERHATI AKAN ALLAH DI SETIAP KEADAAN
لـتـرتـقــي مَــعــالــمَ الــكــمــالِ
AGAR MENJANGKAU TANDA-TANDA KETINGGIAN
وقــــل بِـــــذُلٍّ ربِّ لا تـقـطـعـنـي
DAN SEBUTLAH ENGKAU DENGAN KERENDAHAN, TUHANKU JANGANLAH AKU ENGKAU PUTUSKAN
عــنــك بـقــاطــعٍ ولا تـحـرمـنــي
DARI ENGKAU DENGAN PEMUTUS DAN JANGANLAH AKU ENGKAU JAUHKAN
مِن سِرِّكَ الأبهى المُزيلِ للعَمَى
DARI RAHSIA ENGKAU YANG AMAT ELOK YANG MENGHILANGKAN SEGALA KELAM
واخْتِـمْ بخيـرٍ يــا رحـيـمَ الرُّحَـمـا
DAN TUTUPKANLAH DENGAN BAIK WAHAI PENGASIH YANG TERBAIK
والـحــمــد لله عــلـــى الـتَّــمــامِ
MAKA SEGALA PUJI BAGI ALLAH ATAS PENYEMPURNAAN INI
وأفْــضَـــلُ الــصـــلاة والــســـلامِ
DAN SEBAIK-BAIK SELAWAT DAN JUGA SALAM
علـى النبـي الهاشمـيِّ الخاتَـمِ
ATAS NABI YANG HASHIMI YANG PENYUDAH
وآلِـــــــهِ وصَــحْــبِـــهِ الأَكـــــــارِمِ
SERTA KELUARGA DAN SAHABAT BEGINDA YANG MULIA-MULIA
TAMAT