"Serumpun tulisan anak dagang yang tak kekal hidup di dunia ini tapi dia tahu tulisan itu akan kekal biar pabila dia sudah tiada."

Wednesday, August 20, 2014

Berapa berat bahu memikul, berat lagi mata memandang

Terkadang ingin saja diucapkan seperti dahulu kala kepada mana-mana gadis itu, "Jom Kahwin?" Dulu terasa ringan ayat itu, namun sekarang berat. Ya, mungkin kerana dunia dan komitmen. Mungkin juga kerana sedar hati ini berbolak-balik. Atau kerana kecewakah ia setelah episod-episod cerita dua hala dulu? Atau sedar diri ini banyak lagi kekurangan lantas meragui untuk menjadi suami dan ayah yang baik. Atau mungkin juga kerana melihat ekonomi manusia kini yang mula compang-camping gayanya lantas meragui diri yang tidak berduit dunia ini mampu menahan atas dunia yang fana. Mungkin juga penat dan takut, penat apa? Takut apa? Persepsi manusiakah? Celoteh murahankah?

Atau Allah berpesan kepada diriku untuk terus mengembara lagi, usah difikir mainan jiwa ini, perbaiki diri, melangkah ke bumi orang, menaik taraf ilmu dalam diri, membuka minda mengaji kehidupan. Dunia ini hanya sementara, jangan lengah dengan perkara sia-sia.

Itu yang aku kata tapi mampukah diri ini meredah arus nafsu, melawan gelora nikmat dan terus memperjuangkan iman?
Berat, sesungguhnya dunia itu penjara bagi orang beriman.

Jadi terus berharap pada Tuhan, minta Dia tunjuk dan bimbingkan jalan.

Tahan diri dari jatuh ke lubang hitam.
Lubang Maksiat.

Sunday, August 17, 2014

Taubat

Aku bertaubat dari dosa-dosaku yang silam, pada masa sekarang dan pada masa hadapan. Sesunggahnya akulah hamba yang hina melakukan dosa berulang-ulang kali. Semoga Allah memimpinku ke arah yang benar. Tanpa pimpinan-Nya maka aku akan sesat di dunia ini. Semoga pengakhiranku adalah pengakhiran hamba yang bertaubat dan diterima taubatnya. Astagfirullah.

Tuesday, April 8, 2014

Friday, January 10, 2014

Melihat ke arah kematian

Bismillah...

Petang 21 Dzulhijjah 1434


Mengingati Mati

Dari Anas : Nabi saw bersabda, “Janganlah kalian berdoa untuk mati dan janganlah kalian mengharapkannya. Barangsiapa yang harus berdoa (untuk mati), hendaklah dia berdoa, ‘Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan lebih baik bagiku dan wafatkanlah aku selama kematian lebih baik bagiku’.” [Hadis 1821]

Dari Abu Hurairah : Nabi saw bersabda, “Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu kematian.” [Hadis 1823]

Saat Ruh Seorang Mukmin Keluar

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Apabila seseorang mukmin telah didekati ajalnya, para malaikat rahmat datang menemuinya dengan membawa sutera putih. Mereka berkata, ‘Keluarlah kamu (roh) dengan redha dan diredhai menuju rahmat Allah, bau harum dan Rabb yang tidak murka’. Lalu ia keluar seperti bau misik yang paling harum, hingga sebahagian mereka berebut dengan sebahagian yang lain untuk mendapatkannya hingga mereka membawanya sampai di pintu langit.
Lalu mereka (penduduk langit) berkata, ‘Alangkah harumnya bau yang kalian bawa ini dari bumi!’ Lalu mereka datang dengannyamenemui roh-roh kaum mukminin. Mereka lebih gembira dengan (kedatangannya) daripada seorang daripada kalian yang didatangi orang yang tidak pernah kelihatan.
Lalu mereka bertanya kepadanya, ‘Apa yang telah dilakukan oleh oleh si fulan? Apa yang telah dilakukan oleh si fulan?’ Mereka berkata, ‘Biarkanlah dia kerana dahulu dia berada dalam kesusahan dunia.’
Jika dia bertanya, ‘Tidakkah ia datang menemui kalian?’ Mereka menjawab, ‘Dia dibawa ke tempat asalnya yang dalam (neraka Hawiyah)’.
Dan, sungguh seorang yang kafir jika telah didekati ajalnya, para malaikat azab datang dengan membawa kain kasar. Mereka berkata, ‘Keluarlah kamu dengan murka dan dimurkai menuju siksa Allah-Azza wa Jalla-‘. Lalu ia keluar seperti bau bangkai yang paling busuk, hingga mereka membawanya sampai di pintu bumi. Lalu mereka berkata, ‘Alangkah busuknya bau ini!’ Hingga mereka membawanya menemui roh orang-orang kafir.” [Hadis 1832]