"Serumpun tulisan anak dagang yang tak kekal hidup di dunia ini tapi dia tahu tulisan itu akan kekal biar pabila dia sudah tiada."

Friday, February 15, 2013

Cinta Sebelum Sedia

Bismillah,
jadi, sebenarnya ada seorang budak ini, dia telah melamar seorang gadis...
gadis itu dia tunggu selama 3 tahun barulah dia melafazkannya dengan perancangan yang begitu teliti...
bukanlah dia melamar gadis itu kerana cinta, tetapi kerana dia telah jatuh cinta dengannya pada masa dahulu sebelum sedia namun kerana masa berlalu, menjadi dia seorang lelaki yang matang dan lebih faham akan wanita dan kerana masa lalu, dia melamarnya kerana Allah untuk masa sekarang...
meski dia telah mengosongkan hatinya kecuali selain Allah...
meski dia tidak bergaul dengan bukan mahramnya kecuali untuk ada urusan...
dia telah sedia, menghadapi segalanya, agar hati itu lebih tenang dan redho akan segalanya...

Lelaki itu: Sudikah kamu menikahi ku?

Gadis itu: Salam... Ini adalah jawapanku selepas aku fikir dan setelah berbincang dengan mama dan ayah.... 
Kau lelaki yang sangat baik aku pernah jumpa... Kau akan tegur aku kalau aku buat salah... Kau akan sokong aku bila aku rasa kecewa... Kau selalu bagi aku nasihat atau tazkirah... Dan aku berterima kasih atas semua itu... Thanks a lot yeee.... 
Tapi, aku ni nakal, degil, perangai pun entah apa-apa, otak pun tak matang lagi, still acting like a child, pelik, dan macam-macam lagi benda buruk ada kat aku ni... Tapi aku tak faham kenapa kau masih nak lamar aku. Padahal aku dah banyak kali bagi tahu kau pasal the bad things of me right? But why? Kenapa kau masih nak tunggu aku??? 
Kamu, ramai sangat perempuan-perempuan kat luar sana yang lagi baik, alim, sopan santun, lemah lembut, comel-comel,... Jadi, why not if you just searching for them. Tak pun, kau terima je perempuan yang lamar kau tu... 
"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik... Dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
So, aku tak rasa yangg aku ni cukup baik untuk terima kau.. Aku ni sangat nakal untuk terima kau yang sangat baik ni... Aku sangat childish utk terima kau yang cukup matang ni....
So, aku minta maaf sebab aku terpaksa tolak lamaran kau tu... I'm very sorry... Aku pun tak pasti keputusan aku ni betul atau tak... Tp, kalau ada jodoh tak ke mana kan?? 
Aku minta maaf ye.. Aku hargai semua yang kau bagi kat aku... Terima kasih sebab kau masih tunggu aku dari form 3... Tq so much!!! Sory coz i'm not the girl that suits for u... Aku doakan kau akan jumpa perempuan yang jauh lebih baik dari aku... 
OK, sampai sini saje kot.. Maaf kalau jawapan ini tak seperti yang kau harap kan. Apa-apa pun, kita masih KAWAN kan??? Berkawan biar sampai ke syurga.. 
assalamualaikum.

Maka, lelaki itu pun tersenyum. Redho. Berharap pada Allah, bukan pada manusia, insyaAllah, segalanya akan lebih indah. Dia bukan mengejar wanita untuk dijadikan isteri, tapi dia mengejar Allah lalu cuba untuk meleraikan persoalan hati yang mungkin menjadi penghalang cintanya kepada Allah dengan syariat yang telah diberi. 

(Nota: Cerita ini adalah promo sebelum aku nak pergi program Baitul Muslim 2.0 di PICC, Putrajaya esok. Aku cepat bosan buat cerita panjang-panjang, sikit-sikit sudah :D )


Sunday, February 3, 2013

Usaha Kami sebagai Alumni SMKAP


Bismillah

Sebenarnya kami telah merancang untuk melakukan sedikit sumbangan amal kepada bekas sekolah tercinta, SMKA Pedas. Kami, bekas pelajar SPM 2010 SMKA Pedas, akan cuba untuk menyumbangkan kain sitar (tirai) yang memisahkan bahagian muslimin dan muslimat di musolla (surau) SMKA Pedas. Seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah, sitar di musolla dalam keadaan daif rasanya:




Jadi, apa-apa pun kami berharap agar Allah mempermudahkan urusan kami, merahmati usaha kami dan berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi mendema dan membantu bagi menjayakan usaha ini.
Semoga Allah membalas usaha kalian. :)
Jazakallahu Khairan Katsiran