"Serumpun tulisan anak dagang yang tak kekal hidup di dunia ini tapi dia tahu tulisan itu akan kekal biar pabila dia sudah tiada."

Monday, January 28, 2013

Wahai Pemuda!


"Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti 
jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, 
kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala 
tenaga dan usaha kamu untuk ‘aqidah yang kamu yakini ini,  

maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan di akhirat.
 
Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi 
Islam yang pertama dahulu.  

Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah
 
ini akan mendapati sesuatu yang mengisi hemah 
dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi 
segala daya dan tenaga yang ada padanya.  

Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak
 
jelas terumbang ambing di antara seruan-seruan dan kefahaman yang 
mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan 
tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira 
bilangan sama ada sedikit atau ramai.”


~Hasan Al Banna~


Friday, January 25, 2013

Aku, Dia dan Al-Quran


Bismillah...

       Berpuluh-puluh kereta beratur di luar perkarangan hostel pada hari pertama untuk pendaftaran pelajar baru di Kediaman Siswa Universiti Kuala Lumpur. Dengan keadaan cuaca yang agak terik, kumpulan-kumpulan ibu bapa bergerak dan mendaftarkan anak-anak lelaki mereka dan kemudian membawa barang keperluan naik ke bilik masing-masing. Kelihatan mereka semua dengan kerenah masing-masing, namun angin yang sepoi-sepoi bahasa pada hari itu mangukir senyuman di muka mereka merasakan hati gembira melihat anaknya berjaya ke universiti.

       "Bilik 1B-A..." keluh Irfan sambil bergerak ke arah pintu biliknya secara berseorangan. Bukanlah dia datang berseorangan kerana dia mahu tetapi ayahnya telah lama meninggal sejak kecil lagi dan jikalau ibunya ikut pula, maka ibunya akan balik berseorangan ke Kedah, nun jauh dari Kuala Lumpur ini. Datanglah diri dia seorang diri ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Usai kakinya melangkah masuk ke bilik 1B-A...

       "Assalamu'alaikum".

       "Wa'alaikumusalam", jawab seorang pemuda yang bersih dan cerah mukanya di dalam bilik itu. "Jemputlah masuk", katanya dengan senyuman manis yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja sambil menghulurkan tangan ingin bersalam dengan Irfan. Tangan yang dihulur disambut dengan genggaman erat tanda awal persahabatan bermula.

       "Err, nama saya Irfan. Bilik ini juga ke?"

       "Ha'ah, yup. Haa, ni katil kau, tinggal satu je lagi katil kosong ni. Ada lagi dua orang dalam bilik ni tapi diorang dah keluar jalan-jalan kat KL ni dengan keluarga diorang. Keluarga aku pulak dah balik, jadi aku stay je la bilik", sambil menunjuk ke arah katil Irfan yang berada dibawah katil pemuda itu sedang dia tengah mengemas barang-barang peribadinya.

       "Oh, ok. Thanks." 'Eh, aku datang lambat kat billik ni pun dapat duduk katil bawah, ini sudah untung.' Terperasan dia, katil atasnya ada sesuatu yang seperti buku. "Kenapa kau tak ambil katil bawah? Bukan bawah lagi selesa ke?" tanya Irfan minta kepastian.

       "Emm, takpelah, kau ambil je lah katil bawah tu. Aku dah terbiasa dengan tidur tempat tinggi ni. Haa, by the way, nama aku Abdullah Ahmad Lee bin Musapar. Boleh panggil Aal. Apa nama kau tadi? Lupa pulak."

       "Irfan." 'Cepat betul lupa nama aku...'

       "Irfan ye. Nama penuh?"

       'Eh, nak nama penuh pulak. Nama pendek aku tadi pun tak boleh ingat.' "Irfan Huzail bin Danish, Aal, aku nak minta rehat jap eh. Penat pula jalan jauh ni, nanti malam kita sambung laa borak-borak lagi. Takpe, baru hari pertama," baring Irfan setelah siap memasang cadar. Beg yg dibawanya hanya sekadar dimasukkan di dalam almari tanpa membukanya langsung. Kepenatan sangat agaknya.

       "Ooo, ok. Tidurla dulu. Aku sambung kemas barang aku ni."

       'Eh, aku lupa pulak tanya mana keluarga Irfan ni, dah balik agaknya awal-awal lagi', getus minda kecil Aal. 'Ah, takpe, malam karang boleh sambung borak lagi, huhu'.

***

Sunday, January 20, 2013

Maaf

"assalamualaikumrahim, aku nak minta maaf. aku tak bangga dengan apa yang aku cakap dekat kau dulu. aku kurang ajar dengan kau. maaf. dulu memang aku tak baca pun apa yang kau tulis tapi aku dah baca dah. ya, aku faham maksud kau. ikut kau lah nak buat apa. aku tak kisah.       
8.02 am
20 January 2013 "
Bersama-sama kita saling maaf-bermaafan. Meski hati terluka walau sekian lama tetap harus jangan berbenci-bencian sesama kita. Kalam telah diungkap, luka sudah terawat, terus mengorak langkah buat kehidupan masa hadapan. Dulunya tidak mengerti, menjadi pengajaran buat diri sendiri.

Thursday, January 10, 2013

Crustaceans Allergy

 بسم الله


InsyaAllah, nak bawa cerita pasal alergi makanan yang aku hadapi. Crustaceans Allergy, atau bahasa Malaysianya, alergi krustasia. 

Eh, apa benda pula krustasia ni? 



Krustasea membentuk kumpulan artropod yang sangat besar, biasanya dirujuk sebagai subfilum, termasuk haiwan biasa seperti ketam,udang karangudang krai, kril dan teritip. 50,000 spesies yang telah dikenalpasti mempunyai pelbagai saiz daripada Stygotantulus stocki pada 0.1 mm (0.004 in), hinggalah ketam labah-labah Jepun dengan kaki 12.5 ka (3.8 m) dan jisim 44 lb (20 kg). Seperti artropod lain, krustasea mempunyai rangka luar, yang bersalin kulit untuk membesar. Krustasea dibezakan daripada kumpulan artropod lain, sepertiseranggaMyriapoda dan Chelicerata dengan memiliki anggota biramous (dua-bahagian), dan dengan nauplius bentuk larvanya.

 Atropod ialah haiwan invertebrat (tanpa tulang belakang) yang mempunya rangka luar, badan bersegmen, dan anggota bersendi. Contohnya macam gambar di atas tapi yang gambar atas itu hanyalah bahagian krustasia saja.

Eh, kejap, tapi sotong tak termasuk dalam bahagian krustasia dan aku juga alergi dengan sotong...

Yup, sotong termasuk dalam bahagian Mollusc atau moluska. Tapi hanya segelintir sahaja dalam bahagian moluska yang aku alergi seperti sotong tapi bukan kepada sotong kurita. Pelik bukan, Allahualam :)

Masa kanak-kanak dahulu aku tak dapat pun alergi ni, jadi pernah rasa juga keenakan makanan-makanan laut seperti udang, sotong dan ketam tapi selepas aku kena seperti penyakit cecair rasanya, aku dah tak boleh makan makanan ini seperti biasa. Alhamdulillah, ada banyak makanan lain boleh makan lagi :)

Kesimpulannya, bersyukurlah. Kita di Malaysia banyak boleh makan tapi saudara kita yang lain masih merana, itupun masih merungut kita ni. Teruknya :(

Nak lebih tahu lagi baca kat sini: http://foodgalaxy.org/content/shellfish-allergy