"Serumpun tulisan anak dagang yang tak kekal hidup di dunia ini tapi dia tahu tulisan itu akan kekal biar pabila dia sudah tiada."

Friday, January 25, 2013

Aku, Dia dan Al-Quran


Bismillah...

       Berpuluh-puluh kereta beratur di luar perkarangan hostel pada hari pertama untuk pendaftaran pelajar baru di Kediaman Siswa Universiti Kuala Lumpur. Dengan keadaan cuaca yang agak terik, kumpulan-kumpulan ibu bapa bergerak dan mendaftarkan anak-anak lelaki mereka dan kemudian membawa barang keperluan naik ke bilik masing-masing. Kelihatan mereka semua dengan kerenah masing-masing, namun angin yang sepoi-sepoi bahasa pada hari itu mangukir senyuman di muka mereka merasakan hati gembira melihat anaknya berjaya ke universiti.

       "Bilik 1B-A..." keluh Irfan sambil bergerak ke arah pintu biliknya secara berseorangan. Bukanlah dia datang berseorangan kerana dia mahu tetapi ayahnya telah lama meninggal sejak kecil lagi dan jikalau ibunya ikut pula, maka ibunya akan balik berseorangan ke Kedah, nun jauh dari Kuala Lumpur ini. Datanglah diri dia seorang diri ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Usai kakinya melangkah masuk ke bilik 1B-A...

       "Assalamu'alaikum".

       "Wa'alaikumusalam", jawab seorang pemuda yang bersih dan cerah mukanya di dalam bilik itu. "Jemputlah masuk", katanya dengan senyuman manis yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja sambil menghulurkan tangan ingin bersalam dengan Irfan. Tangan yang dihulur disambut dengan genggaman erat tanda awal persahabatan bermula.

       "Err, nama saya Irfan. Bilik ini juga ke?"

       "Ha'ah, yup. Haa, ni katil kau, tinggal satu je lagi katil kosong ni. Ada lagi dua orang dalam bilik ni tapi diorang dah keluar jalan-jalan kat KL ni dengan keluarga diorang. Keluarga aku pulak dah balik, jadi aku stay je la bilik", sambil menunjuk ke arah katil Irfan yang berada dibawah katil pemuda itu sedang dia tengah mengemas barang-barang peribadinya.

       "Oh, ok. Thanks." 'Eh, aku datang lambat kat billik ni pun dapat duduk katil bawah, ini sudah untung.' Terperasan dia, katil atasnya ada sesuatu yang seperti buku. "Kenapa kau tak ambil katil bawah? Bukan bawah lagi selesa ke?" tanya Irfan minta kepastian.

       "Emm, takpelah, kau ambil je lah katil bawah tu. Aku dah terbiasa dengan tidur tempat tinggi ni. Haa, by the way, nama aku Abdullah Ahmad Lee bin Musapar. Boleh panggil Aal. Apa nama kau tadi? Lupa pulak."

       "Irfan." 'Cepat betul lupa nama aku...'

       "Irfan ye. Nama penuh?"

       'Eh, nak nama penuh pulak. Nama pendek aku tadi pun tak boleh ingat.' "Irfan Huzail bin Danish, Aal, aku nak minta rehat jap eh. Penat pula jalan jauh ni, nanti malam kita sambung laa borak-borak lagi. Takpe, baru hari pertama," baring Irfan setelah siap memasang cadar. Beg yg dibawanya hanya sekadar dimasukkan di dalam almari tanpa membukanya langsung. Kepenatan sangat agaknya.

       "Ooo, ok. Tidurla dulu. Aku sambung kemas barang aku ni."

       'Eh, aku lupa pulak tanya mana keluarga Irfan ni, dah balik agaknya awal-awal lagi', getus minda kecil Aal. 'Ah, takpe, malam karang boleh sambung borak lagi, huhu'.

***

No comments:

Post a Comment