"Serumpun tulisan anak dagang yang tak kekal hidup di dunia ini tapi dia tahu tulisan itu akan kekal biar pabila dia sudah tiada."

Sunday, March 24, 2013

Hidup Ini Diberkati?

Tengah skrol newsfeed Facebook.com terjumpa seseorang post ini dari page Bercinta Selepas Nikah:

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
 Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
 Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Err....
Berkatkah hidupku ini...
Allah, ampunilah dosaku, bimbinglah aku ke jalan yang benar...

Friday, March 22, 2013

Daki dan Lari

DAKI
Alhamdulillah, usai menawan Gunung Korbu dan Gayung, Ulu Kinta, Perak pada 14-17 Mac hakiki. :)
Gambar dibawah bersama dengan seorang sahabat di UniKL MIIT, Mahmoud Izzat Ikhwani.
Gembira mendaki kerana bukan sekadar gunung konkrit dan besi.
Rindu pengalaman nikmat kurniaan Ilahi.



LARI

Yang sedihnya, ramai muslim tidak menjaga solat semasa pendakian ini. :(
Lari dari amanah, ke arah mana mampu dituju tidak tahu ditempuhi.
Akhir zaman bukan alasan kita untuk menjadi-jadi jahiliah diri.
Semoga kita tidak tersesat di dunia walau sekali,
agar diredhoi,
semasa dipanggil ilahi.




Masih mencari makna kehidupan ini...
Allah, ampunilah hambamu yang lemah ini...


Saturday, March 9, 2013

Kiamat yang makin hampir...

Bismillah,

tengah-tengah scrolling facebook, 
jumpa post dari Sheikh. Waleed Abdulhakeem: 

“When you see Makkah with tunnels dug through it, and you see the buildings rise higher than the mountains, then understand that the affair (Day of Judgment) is NEAR at hand!” Narrated by Abdullah ibnu Umar (Ibnu Abi Shaybah 37232)
Height of Makkah Towers 601m.Height of Abu Qubais Mountain 466m.The sign appears to have been fulfilled (Allah knows best). May Allah wake us up from our delusion and protect us!

Yup, kiamat benar-benar hampir sekarang ini. Antara tanda lain kiamat makin hampir yang pernah diceritakan oleh ustazku iaitu ustaz Farizan, kemenangan oleh orang-orang Islam. Krisis di Syiria, Palestin, Bangladesh juga makin mendapat sokongan dan aku menganggarkan jika krisis-krisis ini selesai dalam tempoh 5 atau 10 tahun ini, kemungkinan besar tempoh kiamat akan berlaku adalah dalam 100 tahun lagi. Allahualam...

Bilapun kiamat akan berlaku, tetapkanlah imanmu kepada Allah, pegang dan beramal mengikut alQuran dan asSunnah, itu lebih penting kerana kita tetap akan mati pada bila-bila masa walau kiamat besar belum berlaku...

Semoga Allah menempatkan kita dalam golongan yg mendapat ampunan dan rahmat-Nya.