"Serumpun tulisan anak dagang yang tak kekal hidup di dunia ini tapi dia tahu tulisan itu akan kekal biar pabila dia sudah tiada."

Sunday, December 6, 2009

Islam bukanlah Religion


Mungkin ada yang terkeliru mengapa ana kata Islam itu bukan Religion. Maaf ana katakan dahulu kerana ini hanya sekadar muhasabah diri. Jangan ada pula yang berdebat selepas ini ye. Maksud religion ialah a system of thought, feeling, and action that is shared by a group and that gives the members an object of devotion; a code of behavior by which individuals may judge the personal and social consequences of their actions; and a frame of reference by which individuals may relate to their group and their universe. Usually, religion concerns itself with that which transcends the known, the natural, or the expected; it is an acknowledgment of the extraordinary, the mysterious, and the supernatural. The religious consciousness generally recognizes a transcendent, sacred order and elaborates a technique to deal with the inexplicable or unpredictable elements of human experience in the world or beyond it.

Dalam konteks ini, istilah religion dalam tradisi barat atau kebudayaan lain hanya menekankan soal-soal penyembahan dan mengabaikan soal-soal politik, ekonomi dan sosial. Ini adalah berlainan dengan Islam itu addin (suatu cara hidup) dan jika kita mentafsir Islam itu sebagai relegion maka akan jadilah kita persis penganut agama lain.

Ad'din bermaksud telah sempurna dan lengkap segala-galanya iaitu Islam merupakan satu-satunya agama yang meliputi pelbagai aspek alam & manusia di mana tidak terdapat dalam agama-agama lain yang hanya mempunyai batasan keagamaan.
Seperti mana firman ALLAH swt :"innaddin naindallah hil islam". Jadikanlah Islam itu sebagai cara hidup yang menyeluruh Supaya tidak sesat dan terpesong kita dikemudian hari. Sebagai tamsil yang utama, terdapat negara-negara yang majoriti penduduknya umat Islam, tetapi tidak mengimplementasikan Islam itu sebagai cara pentadbiran yang utama(rasmi). Kerana itu jugalah berlaku perbalahan, perpecahan, kemusnahan dan segala malapetaka yang mengakibatkan impak negatif atau buruk. Ada sesetengah negara pula mengambil Islam sebagai religion sahaja di mana terdapat dasar pecah dan perintah yang menjadi pemisah antara dunia dan juga akhirat.

Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya;

“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Justeru, janganlah kita menghilangkan roh Islam ini dimana kita sebagai seorang MUSLIM yang sejati harus menetapkan segala-galanya kerana ALLAH swt. Kita kosongkan dunia, kita kosongkan akhirat dan kita menyembah tuhan yang satu. Ingat 0:0:1, 0=dunia, 0=akhirat dan 1=ALLAH swt.

No comments:

Post a Comment