"Serumpun tulisan anak dagang yang tak kekal hidup di dunia ini tapi dia tahu tulisan itu akan kekal biar pabila dia sudah tiada."

Thursday, December 10, 2009

Protecting Ummah


Engkau memang dilahirkan pemimpin



Bismillahirahmannirrahim. Ana telah menghadiri suatu perkhemahan yang dinamakan
Islamic Student Leaderhip Camp
atau nama pendeknya ISLAH CAMP. Kem ini diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilandan berlangsung pada 6 hingga 8 Disember namun ana hanya menghadirinya sampai 7 Disember disebabkan masalah kesihatan. Peserta perkhemahan ini agak hebat kerana terdiri daripada ketua-ketua umum, BADAR, ahli-ahli Majlis Tertinggi, perwakilan setiap sekolah dengan kekuatan seramai 57 orang semuanya daripada 9 buah sekolah di Negeri Sembilan (SHAMS, SMKAP, SMAMY, SMASKP, SMADAM, ITQAN, MAAHAD Gemencheh, SBPI Jempol). Berikut adalah tentatif program :


Namun, bukanlah pasal perkhemahan ini yang ana ingin sebutkan tetapi adalah mengenai perihal pemimpin zaman sekarang. Suatu persoalan yang dikemukan oleh salah seorang penceramah (ustaz Mohamad bin Mohsin),
"Adakah pengawas sekolah hari ini merupakan pemimpin sekolah atau hanya pekerja tanpa gaji?
Ramai yang menjawab di antara mereka yang pengawas merupakan pemimpin sekolah dan bukannya pemimpin tanpa gaji. Namun, ana amat sekali membangkangnya dan mengatakan yang pengawas kini merupakan pekerja tanpa gaji. Mengapa?

Baiklah sahabat sekalian, kembali kepada tajuk di atas, Engkau memang dilahirkan pemimpin. Firman ALLAH S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 30 : ”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: ”Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”. Tuhan berfirman: ”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. Kta (umat Islam) sebenarnya memang dilahirkan sebagai pemimpin di muka bumi ini namun persoalannya bagaimana kita membentuk diri kita menjadi pemimpin yang sebenar-benarnya? Sebab itulah ana mengatakan yang pengawas sekarang kebanyaknnya adalah pekerja tanpa gaji kerana mereka merasakan yang diri mereka itu hanya pemimpin di sekolah sahaja walhal ALLAH menyuruh kita menjadi pemimpin di muka bumi. Jadi mereka ini apabila usai sahaja habis sekolah, mereka ini bahkan lebih teruk daripada binatang kerana mereka hanya tahu yang, "aku hanyalah pemimpin di sekolah, habis sekolah suka hati aku laa nak buat apa. Korang kat sekolah kenalah patuh arahan aku. Yang korang persoal aku kat luar ni pehal??". Nampak tak wahai sahabat, golongan pekerja tanpa gaji ini memang ramai dan lebih-lebih lagi di sekolah yang di ajar agama Islam dan dakwah. Fahamilah sebenarnya tugas kita sebagai pemimpin ini adalah untuk diri kita sendiri sebenarnya, kerana semua yang kita buat dan tidak buat untuk pimpinan kita sebelum ini akan disoal dan dipertanggungjawabkan akhirat kelak.

Dan kembali kepada tajuk artikel ini, ”PROTECTING UMMAH (Umat yang melindungi)". Kita umat Islam adalah khalifah di muka bumi. Apakah maksud khalifah? Khalifah bermaksud wakil atau pengganti. Manusia menjadi wakil atau pengganti Allah di atas muka bumi. Kita telah diamanahkan untuk memimpin dan menjaga bumi ini dan segala isinya dan amanahkan ini telah diturunkan wajib kepada umat Islam kerana kita adalah ummatan wasatha(umat terbaik). Firman ALLAH dalam surah Ali Imran ayat 110 “.. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat maaruf dan mencegah kemungkaran, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..”. Imam Qatadah berkata khalifah Omar b Khattab pernah berkata “Sesiapa yang suka digolong dalam golongan umat terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini”. Para sahabat berjaya tunai ayat ini, justeru itu berjaya cipta sejarah gemilang dan jika kita juga mampu menunaikan syariat ayat ini, demi ALLAH, kita dapat mengembalikan kembali kegemilangan Islam seperti dahulu. Berdasar hadith, ciri manusia terbaik (unggul) seperti dihayati para sahabat ialah Kenali manhaj hidup dengan mendampingi al-Quran, Mula perubahan diri sendiri menuju taqwa, Ajak & bantu orang lain kepada kebaikan, Berperanan cegah kemungkaran, Pentingkan hubungan baik sesama manusia berlandas kebenaran. Marilah sahabat-sahabat sekalian kita memimpin bumi ini, tunaikan amanah kita, bangkitkan Islam kembali dan teruskan perjuangan memelihara ummah. 1Islam, Remaja Diutamakan, Dakwah didahulukan. SMK Agama Pedas sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang selamanya. Akhir kalam, ana memberikan info sebab kejatuhan Islam berdasarkan Syeikh Hassan an-Nadwi.

Kejatuhan Umat Islam – Menurut Syeikh Hassan an-Nadwi
· Kepimpinan Islam berpindah kepada orang yang tidak layak. Pemimpin pinggirkan ajaran Islam & utamakan kepentingan peribadi & kelompok. Mula menonjol pada era Bani Umayyah & Abasiah, kecuali pada zaman Umar b Abdul Aziz
· Politik dipisahkan dpada agama. Pada zaman nabi dan khulafah ar-Rasyidin, politik & agama disatukan kerana Islam adalah suatu cara hidup lengkap. Bila agama tak lagi menyuluhi politik, lahirlah penyelewengan, kezaliman & ketidakadilan pada peringkat tertinggi.
· Penguasa Islam menunjukkan contoh yang buruk. Pemimpin tenggelam dalam kemewahan & kemaksiatan dengan abai kewajipan amar makruf nahi mungkar. Perangai dan cara hidup pemimpin yang tak bermaruah ini beri kesan negative kepada umat secara amnya
· Ilmuan Islam gagal kembangkan ilmu. Ilmuan Islam mula abad 17M, bahas falsafah diasas bangsa Yunani; hanya berbicara roh, wihdatul wujud & ilmu2 ranting Islam. Ilmu sains & teknologi tak difokus, sedang Barat ketika itu S&T berlaku pesat; akhirnya Barat kuasai umat Islam yang leka
· Timbulnya bidaah dan khurafat dalam dunia Islam.Kesucian aqidah & ibadah serta syariat ditegak nabi dicemari pandangan2 & amalan bidaah yang sesat.Tokoh tambah agama tanpa berasas Quran & Sunnah jadi popular hingga akhirnya berjaya pudarkan cahaya Islam yang asli/murni.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment