25 April 2013
Bep. Bunyi mesej masuk dalam inbox laman sosial
mukabuku. Khairul memang menantikan sangat mesej dari kawannya yang berada jauh
di perantauan. Dia perlukan nasihat untuk perkara ini. Nasihat dari sahabat
beriman yang dipercayai dan dikasihi. Hanya dia seorang yang tahu akan hal ini.
"Kau nak betul-betul nak takdim
dia? Erm, Khairul.
Nombor satunya, jangan gopoh. Tenang dulu. Kalau betul hati dah minat
betul kat dia. Teruskan, tapi, untuk mengukuhkan lagi hati kau dan dia, akau
sarankan kau telefon ayah dia, mintak izin untuk berkenal-kenal dengan dia, dan
nyatakan niat suci kau. Mungkin cara tu lebih kukuh dan hati kau lebih tenang.
Itu pun kalau kau dah betul-betul buat keputusan bahawa dia adalah pilihan kau,
dan si dia pulak meredhai yang dia adalah pilihan kau. Sebenarnya aku pun tak
tau sangat. Benda ni susah betul nak cerita...
Tapi tak mustahil korang boleh setia dalam tempoh
berapa lama sekalipun. Asalkan kau buat beberapa perkara yang akan aku syorkan
pada kau jika kau sudah membuat keputusan."
Khairul
meneliti bait-bait curahan nasihat yang diberikan oleh sahabatnya. Perihal takdim
atau lebih sinonim sebagai “cop”
seseorang sebagai pasangan hidup kelak. Bertunang tapi bukan bertunang. Mungkin
kisah sahabatnya Naim menjadikan beliau lebih berhati-hati tentang hal ini
(rujuk sini). Manusia punyai nafsu, syaitan pula menyemarakkan. Mungkin Khairul
tergolong dalam mereka yang cuba menjaga ikhtilat sebaik-baiknya tetapi
panah-panah syaitan itu akan menusuk semua jiwa bahkan jiwa yang nampak bersih
peribadinya mungkin dosa telah menghitamkan hatinya.
Seminggu
yang lepas, dua insan telah memberi masa sesama sendiri selama dua minggu untuk
meneliti, membincang, dan beristikharah sama ada dua hati ini sudi untuk di ikat
bersama-sama secara rahsia. Khairul dan Emily. Bagi Khairul, takdim juga ada
hikmahnya, penetapan hati dan pemfokusan hati. Lelaki, memang Allah uji dengan
wanita. Bagi Emily pula, mulianya wanita pada penjagaan hubungan dirinya dengan
persekitarannya. Wanita, memang Allah uji dengan dunia. Lelaki dan wanita, dijadikannya
berpasang-psangan dan jodoh masing-masing telah tertulis sedia ada dalam kitab
Luh Mahfuz.
2 Mei 2013
"Jadi,
kamu mahu bernikah dengan saya pada masa hadapan?"
"Ok. InsyaAllah."
“Bro, dari pihak
aku, kau seorang saja yang tahu hal ini. InsyaAllah, aku dengan dia sama-sama
bersetuju untuk bernikah dalam tempoh lima tahun lagi. Memang lama tapi aku nak
cuba dapatkan kerja tetap dahulu lepas ijazah nanti. Nasihatkan aku dan tegur
aku.”, ujar Khairul kepada sahabatnya.
“Alhamdulillah,
jagalah baik-baik ye. Semoga ini keputusan yang baik dan Allah mempermudahkan
urusanmu kawan.”
“Kau, macam mana
kau jaga?”
“Hey, macam mana kalau aku kurang keyakinan dengan dia? Ya, dia muslimah yang baik tetapi aku stalker juga maklumat-maklumat dari laman social mukabuku dia, ada adik-beradik bukan mahram yang tak sahih laa, ada perbualan awam dengan bukan mahram yang unsur nafsu dan fitnah seperti kita universiti sama Fakhrul, makan dan belajar sama-sama ya nanti, duduk sebelah saya dan juga lain-lain. Itu yang aku nampak tentang dia, yang tak nampak?”
“Khairul, Khairul. Jodoh itu bersangkut paut dengan imanmu sendiri kawan. Mungkin kerana kau terlalu sibuk usha dia yang masih belum sah hubungannya dengan kau, kau terlupa nak usha hubungan kau selalu dengan Allah. Sepatutnya hubungan kau ini menjadikan kau lebih bertambah baik kan. Jangaan sibuk untuk mencari yang terbaik sahaja, tapi yang lebih penting adalah untuk berusaha menjadi lebih baik. Sama-sama kita tingkatkan iman dan amal kita kawan, insyaAllah, Allah akan beri ketentuannya yang terbaik buat kita jika kita berusaha yang terbaik juga. Percaya pada si dia.”
“Allah, mungkin aku makin lalai dan selalu lalai. Thanks kawan. InsyaAllah, sama-sama kita memperbaiki amalan dan iman kita. Hebat kan orang beriman itu, ketentuan Allah segalanya baik bagi mereka, sama ada buruk ataupun baik, senantiasa bersyukur. Semoga kita tergolong dalam golongan itu kawan. Lima tahun, tempoh yang lama kan.”
“Tak
mustahil untuk kekal setia. Sebab korang berdua dah janji untuk islah dan baiki
diri. Untuk tempoh menunggu ni. Jangan tak contact
langsung. Mungkin ada yang boleh buat, tapi tak semua orang mampu. Sekurangnya
tanya khabar, mungkin boleh buat sesi luahkan masalah, study atau sebagainya. Khairul, kau lagi tahu dari aku sebenarnya.
Ingat-ingat LECI UBI. Ingat, Luahan Ekpresi Cinta Ilahi Untuk Bakal Isteri.”
“Baiklah,
last tazkirah sebelum nak pi kuliah
ni. Kepercayaan dan harapan. Dua perkara yang manusia tidak sedar bermain-main
dengannya hingga pabila hilang barulah terasa. Percayalah kepada perkara yang
benar dan baik, dan letakkan harapan pada Allah. Semoga Berjaya wahai orang yang mencintai isterinya kerana iman. Salam.”
No comments:
Post a Comment